AMANNISA' MALAYSIA

KHIDMAT.BAKTI.SOLUSI

SERVE.DEVOTE.SOLVED

Welcome to AMANNISA' Malaysia

PERTUBUHAN AMANNISA’ MALAYSIA

[PPM-013-05-16122021]

Persatuan AMANNISA’ Malaysia (AMANNISA’) adalah sebuah pertubuhan sukarelawan yang telah rasmi berdaftar di JPPN semenjak 2021.Sebelum ini, ramai di kalangan ahli telah lama bergerak sebagai sukarelawan secara individu mahupun berkumpulan, melaksanakan pelbagai aktiviti dan kerja-kerja sosial serta kemasyarakatan di serata Malaysia. AMANNISA diwakili individu dari pelbagai latar belakang profesional dan bukan-profesional dan menerima keahlian dari seluruh Malaysia, di kalangan warga Malaysia berusia 18 tahun keatas, dari pelbagai agama dan bangsa.

GERAK KERJA AMANNISA

Aktiviti dan gerakerja AMANNISA bertumpu kepada:-

ð Memberi khidmat dan bersama-sama mencari solusi bagi mereka yang menghadapi masalah seperti ketiadaan dokumen pengenalan diri seperti Sijil Lahir, Kad Pengenalan, Kad OKU

ð Memberi khidmat untuk mendapatkan bantuan dari JKM, Pusat Zakat, Baitulmal, badan korporat atau individu bagi yang memerlukan.

ð Memberi khidmat bantuan permohonan dan berurusan dengan Agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan seperti KDN, JPN, Jabatan Agama dsb.

ð Memberi khidmat bakti kepada golongan terpinggir dan OKU mengikut keperluan semasa

ð Membantu kerja-kerja kemasyarakatan seperti bantuan mangsa banjir, mangsa keganasan rumahtangga atau penderaan, remaja bermasalah, anak yatim dan sebagainya.

MATLAMAT AMANNISA'

1. Menjadi platform sukarelawan yang cakna, prihatin, proaktif dalam mencari solusi melibatkan hal-ehwal sosio-ekonomi, keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan wanita sebagai tunggak utama keluarga dan masyarakat.

2. Menjadi platfom yang mewujudkan peluang-peluang perniagaan, bengkel keusahawanan, kemahiran vokasional, program ilmiah dan khidmat bimbingan untuk wanita mengkhusus pada kategori b40, ibu tunggal, asnaf dan muallaf

3. Menjadi medium yang mampu melindungi, membela dan memperjuangkan wanita dan golongan terpinggir dan tercicir dalam aspek sosial, kebajikan, ekonomi dan pembangunan.

4. Menjadi platform yang melaksanakan aktiviti dan program kebajikan

masyarakat yang mengandingkan wanita-wanita profesional dan bukanprofesional untuk berkongsi aspirasi dan hala-tuju pembangunan wanita.

CROWD FUNDING


Contact Us at ammanisa.malaysia@gmail.com